Uthman bin Affan Dapat Melihat Rasullulah SAW Dalam Sedar..

kisahsahabat

Uthman bin Affan adalah sahabat Nabi Muhammad saw yang istimewa , kerana beliau juga adalah menantu Rasullulah saw. Beliau telah diberi gelaran "Zun-Nurain" bermaksud yang punya dua cahaya kerana beliau telah mengahwini dua orang puteri Rasullulah saw ( beliau berkahwin dengan Ummu Kalthum , sesudah isteri pertamanya , Ruqaiyah wafat ). 



Diriwayatkan oleh Imam Tajus-Subki dalam kitab "Thabawat" bahawa pada suatu hari Uthman bin Affan melihat seorang lelaki masuk ke majlisnya, lalu beliau berkata:"Ada seorang diantara kamu yang datang membawa kesan penzinaan di matanya." 

Lelaki yang baru sampai itu sedar bahawa ucapan Uthman itu ditujukan kepadanya, kerana di tengah jalan tadi dia telah memandang seorang wanita yang bukan mahramnya, lalu dia berkata :"Adakah wahyu turun pula kepada tuan sesudah Rasullulah saw?"

Uthman menjawab:"Tidak , tapi aku hanya dapat melihat dengan firasatku tanda-tanda itu ada pada matamu. Firasat itu adalah firasat orang mukmin." 

Uthman tidak bermaksud untuk menjatuhkan maruah orang itu, kerana orang lain tidak mungkin tahu jika orang itu sendiri tidak menjawab. 

Kenyataan Uthman itu pula bermaksud sebagai nasihat , semoga orang tidak mengulangi perbuatannya itu. 

Albarudi dan Ibnus-Sakan meriwayatkan dari Ibnu Umar yang berkata bahawa Jahhah Alghifari telah mengambil tongkat Uthman dan mematahkannya. Tidak lama kemudian seekor ular mematuk tangannya hingga dia mati. 

Abdullah bin Salam berkata bahawa dia telah menziarahi Khalifah Uthman ketika rumahnya dikepung oleh kumpulan pemberontak sebelum beliau dibunuh. 

Abdullah menawarkan pertolongan kepada Uthman jika beliau memerlukannya. Tetapi tawaran itu ditolak oleh Uthman. Sebaliknya beliau bercerita , bahawa beliau telah dikunjungi oleh Rasullulah saw yang berkata kepadanya:"Wahai Uthman , tidakkah kamu tahu bahawa kamu telah dikepung oleh mereka? Uthman menjawab:"Benar Ya Rasullulah .

Uthman meneruskan: Kemudian Rasullulah saw memberi aku bejana air dan aku minum hingga puas. Sesudah itu Rasullulah saw berkata lagi:"Jika kamu mahu aku akan menolongmu, tetapi jika kamu ingin berbuka di tempat kami di akhirat persilakan!"

Kata Uthman:"Kepada tawaranmu iu, aku memilih berbuka di tempatnya."

Maka fahamlah Abdullah bin Salam bahawa Uthman lebih suka memilih syahid di tangan pemberontak supaya beliau dapat berbuka bersama Rasullulah saw kelak. 

Menurut Imam Jalaluddin As-Sayuti , riwayat itu sahih dan disebut dalam beberapa kitab Hadis. Imam Ibnu Batisy pula berkata bahawa kunjungan Rasullulah saw kepada Uthman di rumahnya itu tidak disebut sebagai mimpi, tetapi Uthman melihat sendiri Rasullulah saw datang dengan mata kasarnya ketika sedar. 


Karamah ini dikurniakan Allah kepadanya kerana Uthman adalah seorang sahabat yang amat  dikasihi oleh Rasullulah saw . Maka Allah juga mengasihinya. 

Jika Uthman dapat diperlihatkan oleh Allah tanda zina pada mata orang yang berada dimajlisnya, Allah mudah sahaja mengurniakan Karamah kepadanya hingga beliau dapat melihat Rasullulah saw datang ke rumahnya dalam keadaan jaga . 

Petikan : 
Buku "Siapa Wali" 
Halaman 48-49
Mustaffa Suhaimi 
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon