Keadaan Tubuh Rasullulah Saw yang Mulia dan Sifat Tawaduknya .

doaagartidaksombong


Rasullulah saw itu bertubuh sedang, tidak terlampau tinggi, dan juga tidak terlalu rendah atau pendek. Kulitnya berseri tidak terlalu merah , tidak pula terlalu putih . Rambutnya tidak lurus dan tidak terlalu berombak (ikal) dan ubannya tidak sampai 20 helai di atas kepala dan demikian juga di janggutnya. Dahinya lebar,alisnya lengkung dan tebal,alis matanya agak panjang, giginya sedikit renggang, janggutnya lebat dan bercantum dengan misainya. 



Tulang belikat Baginda saw itu besar dan diantara kedua bahunya itu jelas tanda kenabian. Jika Baginda berjalan, amat ringan sekali seolah-olah turun dari tempat yang tinggi. 

Rasullulah saw adalah seorang yang merendahkan diri, sekalipun tinggi martabatnya. Baginda saw menunggang himar (keldai) dengan berlapikkan sehelai kain dan kedang-kadang dengan membawa orang lain. Baginda saw suka menziarahi orang sakit, menziarahi jenazh, memenuhi undangan raja-raja, menjahit kasutnya dan menampal bajunya. Dalam rumahnya Baginda saw suka mengerjakan sesuatu untuk kepentingan keluarganya. 


Sahabatnya tidak berdiri untuk menghormatinya, kerana mereka telah mengetahui bahawa Baginda saw tidak suka kepada perkara yang sedemikian. Baginda saw apabila berjalan melalui tempat kanak-kanak Baginda saw akan memberikan salam. Jika sedang duduk dengan sahabat-sahabatnya Baginda saw bercampur gaul dengan mereka seolah-olah Baginda saw adalah seorang diantara sahabat-sahabat Baginda saw sehingga ada orang asing yang datang tidak dapat mengenali Rasullulah saw atau membezakan Baginda dengan sahabat-sahabatnya. Oleh itu, mereka terpaksa bertanya siapakah diantara mereka itu Rasullulah? 


Apabila Rasullulah saw datang ke sesuatu majlis pertemuan , jika ada orang-orang disitu mempercakapkan berkenaan perkara akhirat Baginda saw akan menyertainya. Jika mereka bercakap berkenaan perkara makan minum,Baginda saw juga mengikuti perbicaraan itu sebagai tanda tawadduknya Baginda. 

Para sahabat kekadang menanyikan syair dihadapan Baginda saw yang mulia , kekadang mereka mempercakapkan perkara-perkara yang berhubung dengan zaman Jahiliah . Jika mereka ketawa Baginda saw hanya tersenyum. Baginda saw tidak pernah mencegah sahabat-sahabatnya itu baik dalam percakapan, perbuatan dan lain-lain kecuali perkara-perkara yang haram. 

Sumber : 

Petikan "Buku Intipati Ihya'Ulumuddin" 
Halaman 663-664
Imam Al-Ghazali
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
June 17, 2013 at 2:38 PM delete

ya Allah...... teringin nak melibat baginda :(

subhanaALLAH mulia sungguh baginda

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 17, 2013 at 11:19 PM delete

tiada manusia sesempurna rasulullah.. bagus sangat entry ni.. boleh dikongsikan..

anyway tq la coz menyokong Gerila Penulisan Kreatif tu... Teruskan menghantar entry.. ajak lagi ramai blogger2 kat luar sana utk ping entry di Gerila penulisan kreatif... tq ye..

Sam Banjamin
Admin di Gerila Penulisan Kreatif

Reply
avatar
Bin Muhammad
AUTHOR
June 17, 2013 at 11:56 PM delete

Itulah perwatakan dan keperibadian seorang pemimpin yang sewajarnya menjadi contoh dan ikutan...Hanya dia yang sempurna, Rasullullah SAW.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon