Kisah Karamah Ibrahim Al Khurasani- Roti Untuk Wali Allah

roti untuk wali allah-mselim3

Ibrahim Al Khurasani adalah seorang wali allah yang mempunyai banyak karamah. Diantaranya karamahnya beliau sering dilihat berjalan di atas air


Ibrahim Al Khawwas meriwayatkan bahawa beliau pernah berada di tebing sungai Dajlah ketika airnya sedang pasang dan berkocak ditiup angin kencang. Tiba-tiba dia melihat seorang lelaki berjaln di atas sungai itu tanpa perahu. 

Beliau pun sujud kepada Allah mohon diberitahi siapa orang yang diberikan karamah demikian rupa hingga ia dapat berjalan di atas air. Sedang dia tenggelam dalam sujudnya, bahunya dipegang orang. Orang itu tidak berkata :"Akulah Ibrahim Al Khurasani." 

Diriwayatkan bahawa Ibrahim Al Khurasani sedang berehat di dalam gua. Dia merasa lapar kerana terputus bekalan dalam perjalanan. Tiba-Tiba dia melihat seekor ular membawa sebuku roti di mulutnya dan meletakkan roti itu dihadapannya. 

Ketika beliau keluar dari gua itu, beliau menemui beberapa orang yang sedang mencari sesuatu. Bila beliau bertanya , mereka berkata:"Waktu kami sedang makan ada seekor ular datang seperti hendak menerkam kami. Kami pun melemparkan sebuku roti ke arahnya. Kami cuba mengejar ular itu tetapi kami tidak berjaya." 

Ketika dalam satu perjalanan, Ibrahim Al Khurasani telah kehabisan wang. Bila beliau tiba di suatu tempat yang lenggang. Tiba-tiba dia bersua dengan seorang lelaki yang berkata kepadanya:"Mintalah pohon tamar itu memberi wang kepadamu". 

Ibrahim pun berkata apa yang disuruh, tetapi pohon itu tidak mahu menurut perintahnya. 

Kemudian, orang itu berkata:"Wahai pokok, keluarkanlah harta untuk orang ini." Seketika kelihatan sekantung wang tergantung pada mayang pohon tamar itu. Ibrahim mencapai kantung itu, tetapi ketika beliau menoleh orang itu tidak kelihatan lagi. 

Sumber : 
Petikan "Buku Siapa Wali" 
Halaman 113
Previous
Next Post »

7 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
September 30, 2013 at 6:52 PM delete

segalanya dgn izinNya kan mselim
kisah yg bermanfaat utk dikongsi bersama..thanks

Jemput join mselim & menangi hadiah bernilai RM550
Giveaway Butik Comel Collection

Reply
avatar
Affy Afiqah
AUTHOR
September 30, 2013 at 7:40 PM delete

Subhanallah, kuasa Allah,
apa yang tak pernah terlintas di fikiran kita, pun mampu berlaku dengan izinNya :)

Reply
avatar
October 1, 2013 at 5:57 AM delete

kisah yang menarik untuk diambil iktibar.

Allah Maha Kuasa, tidak ada masalah bagiNya untuk menunjukkan kebesarannya.

Orang yang menjadi pilihannya adalah walinya

Reply
avatar
October 1, 2013 at 10:08 AM delete

Allahuakbar! Kuasa Allah tiada tandingannya :)

nice sharing...

Reply
avatar
Bin Muhammad
AUTHOR
October 1, 2013 at 1:13 PM delete

Jika diizinkan Allah segalanya mungkin.
Terima kasih mselim krn selalu support RM...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 8, 2013 at 4:56 PM delete

Follow sini..thanks yea singgah bloh kite. bagi pendapat saya, blog anda berunsurkan ilmiah dan ada sedkit unsur informasi.. lebih baik menulis sesuatu untuk kepentingan pembaca dan meninggalkan sesuatu yang bermanfaat untuk pembacakan. :)

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
October 8, 2013 at 5:01 PM delete

Assalammualaikum... huny eda,

bagus komen tu ... terima kasih . Insaallah mselim3 akan cuba perbaiki mana yg kurang.

mselim3

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon