Kisah Wali Allah Aminah binti Musa Al Kazim

sumbupelita

Sayidah Aminah binti Musa Al Kazim adalah seorang wanita yang terkenal dengan warak dan zuhudnya sepanjangnya hayatnya. Beliau mempunyai banyak karamah sehingga makamnya tidak putus dikunjungi orang . Karamahnya masih kelihatan walaupun sesudah wafatnya. 

Pada suatu hari ada seorang saudagar menyerahkan 20 tin minyak untuk menerangkan lampu-lampu yang dinyalakan disekitar makam beliau. Tetapi setiap kali minyak itu dituang dan apinya hendak dinyalakan, sumbunya tidak mahu menyala. 


Penjaga makam merasa hairan melihat apa yang berlaku. Pada suatu malam dia bermimpi Sayidah Aminah berkata kepadanya:"Kembalikan minyak itu kepada yang memberi. Katakan kepadanya kami tidak dapat menerima melainkan yang halal." 

Bila penjaga makam terjaga dia segera memulangkan minyak itu kepada saudagar itu dan menceritakan kepada saudagar tentang mimpi yang dialaminya. Saudagar itu, mengaku bahawa minyak yang diperolehi itu adalah melalui cara yang haram." 

Sumber : Siapa Wali 
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
HAMIDIsP
AUTHOR
September 24, 2014 at 3:06 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Kisah yang sangat luar biasa. Dipelihara Allah zahir dan batin..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 24, 2014 at 6:56 PM delete

sungguh Allah menjaganya wppun dia sudah berada di sana ...

Reply
avatar
September 25, 2014 at 11:17 AM delete

Saya baru tahu kisah ini m.selim..terima kasih berkongsi

Reply
avatar
September 25, 2014 at 12:29 PM delete

Satu kisah luar biasa yang diceritakan untuk perkogsian di sini ..Thnaks MS

Reply
avatar
September 25, 2014 at 12:30 PM delete

Sebelum ni tak tahu pon tentang kisah wali Allah ini..Alhamdulillah dapat sedikit ilmu ..sekarang dah pon tahu sikit2 ...Tq MS

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
September 27, 2014 at 2:52 PM delete

Assalam MSelim3

Subhanallah walhamdulillah... Allahuabar...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon