Kisah Wali Allah Khalid An-Naqsyabandi

kisah-wali-allah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Syeikh Khalid An Naqsyabandi adalah gelaran bagi seorang wali yang terkenal sebagai tokoh tariqat Naqsyabandi. Nama asalnya ialah Sayid Abul Baha' Ziyauddin. Karamah beliau terkenal di kalangan penduduk Baghdad dan Damsyik. 

Orang ramai pernah melihat seorang kristian berteriak-teriak kepadanya supaya menerimanya memeluk agama islam hingga orang itu menurutnya sampai ke rumahnya. Orang itu diislamkan di hadapan Syeikh Khalid dan menjadi pengikut Naqsyabandi yang paling setia. 

Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki di Baghdad yang mengatakan dia tidak percaya pada wali dan mempersendakan Syeikh Khalid di hadapan kawan-kawannya. Pada suatu hari dia merancang untuk mempersendakan Syeikh Khalid di suatu majlis zikir dihadapan kawan-kawannya. 

Bila sampai ke majlis yang dirancangnya itu, tiba-tiba dia menjadi gila, menjerit-jerit dan melompat-lompat seperti kera sambil membuka pakaiannya. 

Kerabat orang itu datang meminta maaf kepada Syeikh Khalid dan memohon pertolongan kepadanya untuk mengubati penyakit gila itu. Namun, begitu ada juga suara-suara yang mengatakan bolehkah Syeikh Khalid mengubati orang gila menjadi waras. Lalu Syeikh menyuruh orang yang ragu-ragu itu tentang keupayaannya pergi membawa orang gila itu dihadapannya. Dengan izin Allah penyakit orang gila itu sembuh dan dia meminta maaf atas kesalahannya yang lalu. 

Diriwayatkan bahawa ada sekumpulan orang muda yang merancang hendak menguji karamah Syeikh Khalid dengan mengupah beberapa orang jahat untuk membunuhnya apabila beliau keluar dari masjid selepas solat jumaat. Orang jahat atau samseng itu menunggu beliau di luar masjid itu beramai-ramai dengan senjata, kebiasaannya Syeikh Khalid ditemani oleh anak muridnya tetapi hari itu beliau keluar bersendirian. 

Apabila melihat Syeikh Khalid keluar seorang diri para samseng hanya tunduk seolah-olah gerun untuk memandang wajahnya malah ada juga dikalangan samseng itu yang menjerit-jerit seperti dirasuk iblis. Syeikh Khalid berjalan dengan tenang sahaja seperti tiada apa yang berlaku hingga selamat sampai ke rumahnya, 
Syeikh Khalid Naqsyabandi meninggal dunia di Damsyik, Syria pada tahun 1242 Hijrah. 

Sumber : Siapakah Wali 
Previous
Next Post »

7 comments

Write comments
HAMIDIsP
AUTHOR
January 26, 2015 at 4:35 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Begitu tinggi karamah yang dikurniakan Allah kepadanya kan..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 26, 2015 at 6:40 PM delete

WAALAIKUMUSSALAM.
TERIMA KASIH ABG DENGAN PERKONGSSIAN.
BANYAK NASIHAT DAN AJARAN DISEBALIK TITIPAN.
http://jmbelog.blogspot.com/

Reply
avatar
January 26, 2015 at 10:47 PM delete

Salam... betul ker saya diberitahu bahawa seorang wali Allah tu tidak tahu yang dia adalah wali Allah sebenarnya... hanya orang lain yg tahu...

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
January 26, 2015 at 11:08 PM delete

Assalammualaikum... najib,

memang benar apa yang diperkatakan... wali allah itu sendiri tidak mengetahui bahawa dia wali... hanya wali allah yang lain tahu bahawa orang itu wali allah.. sebenarnya sesama wali allah mempunyai hubungan kerohanian yang sangat rapat sesama mereka..

mselim3

pls: entry nie bukanlah bertujuan mengagung-agungkan wali.. tetapi sekadar berkongsi dengan pembaca blog ini. Amalan para wali kekadang tak terbuat oleh kita yang bergelar manusia biasa....

Reply
avatar
AisNy
AUTHOR
January 27, 2015 at 11:29 AM delete

Semoga kita mendapat iktibar dari kisah ini...

Reply
avatar
Nurulhidayah
AUTHOR
January 28, 2015 at 3:52 PM delete

Walaikumsalam warahmatullah Mselim.. begitu hebat karamah yang Allah kurniakan pada hambanya yang terpilih

Reply
avatar
February 2, 2015 at 11:00 PM delete

Semoga cerita ini dpt kita jdkan iktibar utk kita dikemudian hari..jgn sesuka hati mempersendakan org lain..Kuta hari ni suka sgt ada benda sikit up kat medi sosial ..kau kta kat aku ..aku kata kt kau..mempersendakan satu sama lain..Insaflah sebelum kejadian yg tak diingini berlaku..Tak berlaku takpe tapi bila Allah dh tetapkan sesuatu akan berlaku..siap kita utk menidakkannya..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon