Thariq bin Zaid Penaklukan Andalusia Pada Bulan Ramadan

Thariq_bin_Ziyad

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Thariq bin Ziad Penaklukan Andalusia Pada Bulan Ramadan ;Pada bulan Ramadan tahun ke 92 Hijrah, kaum muslimin dibawah pimpinan Thariq bin Zaid berjaya membuka Andalusia (Sepanyol). Peristiwa yang dikenali sebagai "Futuh Andalusia" ini begitu menyemarahkan semangat perluasan empayar Islam apabila Thariq dan tentera muslimin berjaya menyeberangi selat diantara Afrika dan Eropah atas pemerintahan Musa bin Nushair penguasa islam ketika itu. 

Setelah tentera islam menyeberangi selat berkenaan, Thariq memerintahkan agar semua kapal perang Islam dibakar sambil berpidato dengan penuh semangat bagi merangsang jiwa angkatan Islam : "Musuh di depan kamu, apabila kamu undur lautan di belakang kamu. Pilihlah yang mana satu lebih tinggi kehormatannya, berjuang di jalan Allah atau mati ditelan lautan. " 

Ucapan Thariq ini telah membakar semangat tentera muslimin untuk berjuang bermati-matian kerana ada di depan hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharapkan pertolongan Allah. Semangat ini berjaya membolehkan satu demi satu kota musuh jatuh ke tangan kaum muslimin dan akhirnya Andalusia (Sepanyol) berjaya ditakluki tentera muslimin pada bulan Ramadan. 
Sejak itu, Andalusia (Sepanyol) menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan mercu peradaban manusia yang tersohor pada zamannya, sehinggakan kemajuan teknologi yang ada dimiliki Eropah sekarang adalah warisan teknologi umat Islam pada masa silam. 

Terima kasih membaca artikel > Penaklukan Andalusia Pada Bulan Ramadan  

Daripada ; 
http:// mselim3.blogspot.com
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
ajax85
AUTHOR
July 20, 2015 at 12:03 AM delete

Sayangnya sekarang tinggal sejarah...selamat hari raya bro

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon