Siapakah Muaz bin Jabal

muaz-bin-jabal
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Siapakah Muaz bin Jabal? Muaz Ibnu Jabal adalah sahabat nabi yang berbaiah kepada Rasulullah saw sejak pertama kali. Beliau juga termasuk sebagai salah seorang daripada sahabat nabi yang pertama kali masuk islam ( assabiqunal awwalun ) . Berasal dari Yathrib. Atas usaha Musaib bin Umair, Muaz memeluk islam sebelum peristiwa hijrah. Beliau memiliki wajah yang tampan, matanya hitam dan berambut kerinting. Dikalangan para penduduk Yathrib, Muaz merupakan seorang pemuda yang bijak. 


Kelebihan Muaz bin Jabal 


Muaz bin Jabal terkenal sebagai cendekiawan yang berwawasan luas dan mempunyai pemahaman yang mendalam dalam ilmu fiqh, bahkan Rasulullah saw menyebut Muaz bin Jabal sebagai sahabat yang paling mengerti halal dan haram. Muaz merupakan duta besar islam yang pertama kali dikirim oleh Rasulullah saw. Hadis Rasulullah saw mengenai kelebihan Muaz ,
"Orang yang paling mengetahui halal dan haram dikalangan umatku adalah Muaz ibn Jabal" 

Jasa dan Perjuangannya


Pada peringkat awalnya, Muaz bin Jabal dilantik sebagai pegawai Baitulmal dalam menjalankan kerja-kerja membahagikan zakat dan barang keperluan asas di Madinah. Selepas itu, Umar melantik beliau sebagai pasukan bantuan untuk membantu tentera islam dalam siri peperangan Islam-Rom Byzantine. Kemudian, akibat jangkitan wabak taun beliau wafat selepas menggantikan Abu Ubaidah Al-Jarrah yang juga meninggal dunia akibat wabak taun.

Ketika itu, tentera islam sedang berkhemah di sekitar Awamas. Selepas itu, jawatannya disandang oleh Amru Al-Ash.

Terima kasih membaca artikel Siapakah Muaz bin Jabal ini . 


Daripada :
http://mselim3.blogspot.my
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
October 29, 2015 at 1:18 PM delete

Hebat betul Saidina Muaz bin Jabal. Sehebat namanya. Dia tahu halal dan haram. Macam mana keadaan kita pada hari ini.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
October 29, 2015 at 1:58 PM delete

pernah dengar nama tu, tapi kurang kenal. sekarang dah kenal.. hee nice share :D

Reply
avatar
Mia Liana
AUTHOR
October 29, 2015 at 4:02 PM delete

terima kasih atas info ni...

pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #19 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/10/senarai-url-blog-19.html

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 29, 2015 at 4:56 PM delete

Menarik..thank infonya...

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
October 30, 2015 at 7:52 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Semoga ada lagi Muaz bin Jabal dizaman kita ini.

Reply
avatar
Sheila Adziz
AUTHOR
November 14, 2015 at 3:58 PM delete

Kehebatan Allah yang diberikan kpd Muaz bin Jabal.... Allah swt memberikan sahabat yg hebat kpd Rasulullah saw.... nice info...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon