Kenapa Tidak Rogol Saya!


Wanita-muslimah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kisah Kenapa Tidak Rogol Saya ini adalah kisah benar yang berlaku di US. Ia menceritakan tentang seorang wanita yang bertudung dan mempunyai akhlak yang baik. Suatu hari , di malam yang sunyi dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia terpaksa mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang dilaluinya ketika itu tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang lewat dia berjalan di jalan yang agak gelap yang membuatkan dia agak gelisah dan takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. 


Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) yang bersandar di dinding tepi lorong itu. Dia merasa sangat takut dan tidak sedap hati. Apa yang boleh dibuat waktu itu hanyalah berdoa ke hadrat Allah SWT memohon perlindungan dan keselamatannya di saat itu. Dia membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah SWT membantu disaat itu.

Wanita itu dapat melepasi dimana tempat lelaki itu bersandar dan menoleh serta mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan itu selamat sampai ke rumahnya. Keesokkannya , wanita itu terbaca di akhbar ada seorang perempuan yang telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong dia berjalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Wanita muslimah ini yakin bahawa lelaki kulit putih yang dilihatnya semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab wanita muslimah tadi terus pergi ke balai polis dan membuat aduan. Wanita muslimah tadi membuat kawad cam dan selepas siasatan dilakukan polis mendapati bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang selama ini dicari-cari. Atas rasa hairan Kenapa Tidak Rogol Saya! . Wanita muslimah itu meminta keizinan untuk menyoal lelaki tersebut.

Wanita Muslimah : "Why don't you do anything to me on that night even though you know that i'am alone."
(Kenapa awak tak buat apa-apa dekat saya malam itu walaupun tahu saya seorang diri)

Lelaki Perogol :"No, you are not alone. That night i saw two young man walking with you. One on your right side and other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."
(Tidak, awak bukan berseorangan. Malam itu saya lihat dua lelaki berjalan dengan awak. Seorang disebelah kanan dan seorang lagi disebelah kiri. Kalau tidak, sudah tentu awak jadi mangsa saya)

Pengajaran . 

Kita adalah hambaNya yang sentiasa mengharapkan perlindungan dan pertolongan daripadaNya. Pasrahkan diri kepadaNya dan minta pertolongan hanya semata-mata kepada Allah SWT. Wanita muslimah tadi adalah wanita yang menutup aurat di US dan sentiasa menjaga adab batas muslimah seperti yang disyariatkan dalam islam. Mungkin dua lelaki yang dilihat lelaki kulit putih Amerika itu adalah malaikat yang diutuskan untuk menjaga hambaNya yang sentiasa taat dan ingat kepadaNya.

".... barangsiapa membaca Ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh. Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberikan pertolongan kepadanya... " ( Daripada Abdullah bin 'Amr ra ) 


Semoga kita sentiasa dipelihara Allah SWT dari kejahatan syaitan yang direjam. Insaallah...

Daripada ;
http://mselim3.blogspot.com

Terima kasih membaca entry Kenapa Tidak Rogol Saya! ini .

Previous
Next Post »

14 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
December 29, 2015 at 4:39 PM delete

Subhanallah...indahnya ayat2 Allah...

Reply
avatar
Etuza
AUTHOR
December 29, 2015 at 4:56 PM delete

Asalam Ustaz meslim..hampir titiskan air mata selepas membaca artikal ini. walau saya lelaki tetapi dalam cerita ini jelas Allah kabulkan doa wanita solehah ini..bijak dia..alhamdulillah

Reply
avatar
December 30, 2015 at 1:23 PM delete

Bagus ayat kursi jika kita amalkan sebagai penjaga kita. Hakikatnya Allah yang jaga kita berkat dari ayat tersebut.

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
December 30, 2015 at 3:58 PM delete

Assalamualaikum,
Ya... Jika kita yakin dan ingat kepada Allah swt...InsyaAllah, Allah swt akan sentiasa membantu kita. Semoga kita semua beroleh pengajaran berguna dr kisah ini.

p/s: Terima kasih sentiasa menyokong BinMuhammad. Andalah blogger terbaik 2015 :)

Reply
avatar
January 1, 2016 at 5:23 PM delete

banyak lagi ilmu yang menarik tidak kita tahu.. mekasih share

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
January 3, 2016 at 4:46 PM delete

Assalamualaikum mSelim. Ayat Kursi adalah ayat mudah yang baik diamalkan untuk penjaga diri..:)

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
January 4, 2016 at 11:05 AM delete

Terima kasih naomie...

mselim3

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
January 4, 2016 at 11:06 AM delete

waalaikummuslam... etuza,

terima kasih sudi baca entry mselim3...

mselim3

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
January 4, 2016 at 11:08 AM delete

Terima kasih PMDR,

memang tidak dapat dinafikan ayat-ayat al-quran ini mempunyai fadhilat-fadhilat yang tertentu yang bagus jika diamalkan dalam kehidupan seharian. Aaminn..

mselim3

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
January 4, 2016 at 11:09 AM delete

waalaikummusalam... BM,

terima kasih jugak buat BM yang sentiasa menyokong mselim3..

mselim3

pls: terima kasih kerana sering menyokong sesama blogger..

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
January 4, 2016 at 11:10 AM delete

ilmu Allah sangat luas Eintan kan.. banyak lagi yang mselim3 tak tahu ..

mselim3

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
January 4, 2016 at 11:11 AM delete

waalaikummusalam... SP,

memang benar SP... ayat kursi adalah ayat mudah yang baik untuk diamalkan..

mselim3

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 4, 2016 at 7:22 PM delete

mashaAllah.. sungguh dasyat pertolongan Allah itu.. jika kita yakin dan bersandarkan kpd pertolongannya inshaAllah Allah Maha Besar..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 20, 2016 at 4:10 PM delete

asalamualaikum...maf bertanya,atas apa yang saya tahu..
bukankah 1x kita baca ayat kursi seorang malaikat akan hadir untuk menjaga kita..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon